Rabu, 29 Ogos 2018 | 4:08pm
NORMAZWIN Yahya (empat kiri) ketika melawat pameran karnival "Hias Diri" pada Majlis penutupan Karnival Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tekir Labu. - Foto Hasriyasyah Sabudin
NORMAZWIN Yahya (empat kiri) ketika melawat pameran karnival "Hias Diri" pada Majlis penutupan Karnival Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tekir Labu. - Foto Hasriyasyah Sabudin
NORMAZWIN Yahya (dua kanan) ketika melawat pameran karnival "Seni Budaya" pada Majlis penutupan Karnival Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tekir Labu. - Foto Hasriyasyah Sabudin
NORMAZWIN Yahya (dua kanan) ketika melawat pameran karnival "Seni Budaya" pada Majlis penutupan Karnival Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tekir Labu. - Foto Hasriyasyah Sabudin
NORMAZWIN Yahya (tiga kanan belakang) ketika melawat pameran karnival "Puzzle Kerjaya" pada Majlis penutupan Karnival Pendidikan Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tekir Labu. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Kedatangan murid Orang Asli turun pada musim buah

SEREMBAN: Peratusan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah menurun pada musim buah-buahan berbanding hari biasa.

Setiausaha Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan, Normazwin Yahya, berkata ia berikutan ibu bapa masih kurang kesedaran untuk memastikan anak mereka ke sekolah pada musim itu.

Katanya, sebagai contoh jumlah kehadiran murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tekir, Labu pada April sehingga Mei adalah 84 peratus tetapi pada musim buah-buahan pada Jun sehingga Julai menurun kepada 76 peratus.

“Ketika ini purata peratusan kehadiran murid Orang Asli ke sekolah adalah kira-kira 80 peratus dan kita akan berusaha memastikan sasaran kementerian 90 peratus tercapai.

“Pelbagai usaha dilakukan oleh kementerian dalam usaha membuka mata ibu bapa supaya mementingkan pendidikan anak-anak termasuk mengadakan Karnival Komuniti Pendidikan Orang Asli 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Karnival Komuniti Pendidikan Orang Asli 2018 di Padang Awam Kampung Lekir, Labu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Normazwin berkata, karnival yang diadakan sejak April lalu membabitkan 14 sekolah di tujuh negeri itu bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa supaya mementingkan pendidikan anak-anak.

Katanya, karnival sehari itu diharap membantu menjadikan ibu bapa dalam kalangan Orang Asli lebih berani dan terbuka untuk bergaul dengan masyarakat luar serta yakin dengan kemahiran dan kemampuan mereka.

“Selain itu usaha ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran ibu bapa supaya lebih terbuka dan mengetahui pendidikan adalah penting untuk masa depan anak mereka,” katanya.

Berita Harian X