Rabu, 18 Julai 2018 | 12:53pm
PRESIDEN Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad pada sidang media mengumumkan prestasi jualan kenderaan separuh pertama 2018 yang diadakan di Persatuan Automotif Malaysia, Ara Damansara. - Foto Mohd Khairul Helmy mohd din

Kereta nasional kedua atau ketiga tidak perlu - MAA

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak memerlukan satu lagi kereta nasional kedua atau ketiga, demikian mengikut Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad.

Beliau berkata, industri automotif tempatan sudah berkembang dan mempunyai lebih 500 vendor yang bersedia untuk menyediakan bekalan bagi industri.

Lagipun, katanya, jika dilihat di negara jiran lain seperti Thailand dan Indonesia, mereka tidak mempunyai kereta nasional tetapi, industri automotif mereka berkembang kukuh.

"Kini, kita sudah ada PROTON, PERODUA dan industri berkembang. Malah, jenama lain juga turut menggunakan vendor tempatan," katanya.

Mengenai kereta ASEAN, Aishah berkata, kerjasama dengan pengeluar kereta penting untuk mengeluarkan kereta ASEAN.

Malah, katanya, model kenderaan yang akan dikeluarkan itu mesti memenuhi permintaan di rantau ini.

Berita Harian X