Khamis, 7 Jun 2018 | 8:54pm
Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menghadiri majlis santapan berbuka puasa dengan warga Regimen Askar Melayu Diraja di Masjid ATM Kem Perdana, sungai Besi. - Foto Amirudin Sahib

Sultan Kedah cemar duli hadiri majlis iftar

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama-sama warga Rejimen Askar Melayu (RAMD) dan Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) di Masjid Angkatan Tentera di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Turut serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menghadiri majlis santapan berbuka puasa dengan warga Regimen Askar Melayu Diraja di Masjid ATM Kem Perdana, sungai Besi. - Foto Amirudin Sahib
Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah mencemar duli menghadiri majlis santapan berbuka puasa dengan warga Regimen Askar Melayu Diraja di Masjid ATM Kem Perdana, sungai Besi. - Foto Amirudin Sahib

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD​​​​​​​ turut berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada 93 pelajar Sekolah Tahfiz dan Asrama Anak Yatim Angkatan Tentera Malaysia (STAY ATM), pada majlis yang dihadiri seramai lebih kurang 1,000 anggota kedua-dua kor itu.

Baginda serta para hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih berjemaah.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Timbalannya Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Berita Harian X