Sabtu, 26 Mei 2018 | 8:31pm

Semarak Ramadan beri manfaat, ceriakan Kampung Sayong Lembah

KUALA KANGSAR: Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) memberi manfaat kepada golongan kurang bernasib baik dan menceriakan penduduk Kampung Sayong Lembah di sini.

Menerusi program berkenaan, lebih 180 golongan asnaf termasuk pelajar sekitar Kuala Kangsar, anak yatim dan miskin, menerima sumbangan wang tunai manakala yang lain termasuk orang kurang upaya (OKU), ibu dan bapa tunggal menerima bantuan berupa barangan keperluan harian.

Pada masa sama, BHB memberi sumbangan RM4,000 masing-masing kepada Masjid Khairiah Kampung Sayong Lembah serta Masjid Sultan Idris Shah II di Kampung Sayong Tengah untuk penganjuran majlis ilmu serta program mengimarahkan masjid.

Lebih menarik, seekor kerbau ditumbangkan pada waktu pagi sebelum dilapah secara bergotong-royong oleh penduduk Kampung Sayong Lembah, warga BH dan kira-kira 50 kakitangan BHB.

Penduduk turut bergotong-royong memasak bubur lambuk, sup dan masakan daging kurma untuk juadah berbuka puasa di perkarangan dewan serbaguna kampung berkenaan yang dijadikan sebagai masjid sementara berikutan Masjid Khairiah sedang dalam pembinaan.

Untuk memeriahkan acara, kelas bimbingan al-Quran untuk golongan wanita dan program 'smart solat' untuk kanak-kanak turut diadakan pada sebelah pagi dengan bimbingan pegawai agama BHB.

DATUK Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga kanan) menyampaikan bubur lambuk kepada orang ramai di Arena Kuala Kangsar pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH). -Foto L Manimaran

KAKITANGAN BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah,Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran

Pada sebelah petang pula, sebanyak 500 mangkuk bubur lambuk diedarkan secara percuma kepada orang ramai yang mengunjungi bazar Ramadan di Arena Square di pekan Kuala Kangsar.

Sebanyak 100 beg cenderahati mengandungi semangkuk bubur lambuk, apron dan akhbar BH pula diberikan secara percuma kepada peniaga bazar Ramadan berkenaan.

Hadir sama pada program itu ialah Ketua Pegawai Operasi BHB, Mohamad Azlan Mohamad Alam; Ketua Pegawai Syariah Kumpulan, Mohd Nazri Chik; Ketua Pegawai Pematuhan Bank Islam, Nik Aznir Nik Anis serta Ketua Wilayah Utara Bank Islam, Ahmad Fauzi Mohd Akhir.

Menyertai mereka ialah Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengurus Kanan Jabatan Pengiklanan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP), Wan Mohd Rafilin Wan Mohd Noor dan Pengurus Cawangan/Ketua Biro NSTP Perak, Jalal Ali Abdul Rahim.

Kira-kira 400 penduduk kampung hadir di majlis berbuka puasa pada satu-satunya program Semarak Ramadan tahun ini.

Mohamad Azlan, yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BHB, Khairul Kamarudin, berkata ini adalah program kelapan kerjasama antara BHB dengan BH dalam program Semarak Ramadan, sekali gus memberi peluang baik kepada sukarelawan kumpulan BHB turun padang untuk menghulurkan bantuan dan merapatkan diri dengan masyarakat setempat.

MOHAMAD Azlan Mohamad Alam (dua kanan) menyerahkan cenderahati dan apron kepda peniaga bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar sambil diperhatikan oleh Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH). -Foto L Manimaran

DATUK Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kiri) memakaikan apron pada peniaga bazar Ramadan Arena Kuala Kangsar sambil diperhatikan oleh Mohamad Azlan Mohamad Alam (tiga kiri) pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH). - Foto L Manimaran

"Kami amat berbesar hati dapat menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM48,950 kepada golongan memerlukan tahun ini dan BHB berterima kasih kepada anak syarikat milik penuh kami, Bank Islam kerana menzahirkan pemberian zakat ini.

"Diharapkan sumbangan kami yang tidak seberapa ini dapat menceriakan lagi suasana sambutan Ramadan dan Syawal kelak," katanya.

Ahmad Zaini pula berkata, BH sudah menganjurkan program Semarak Ramadan sejak lebih 10 tahun lalu dan berterima kasih kepada BHB kerana bersetuju dengan cadangan menjadikan Kampung Sayong Lembah sebagai lokasi tunggal program berkenaan tahun ini.

"Ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) BH yang juga berada di bawah NSTP dan Media Prima di seluruh negara dan kami gembira kerana BHB memberikan komitmen untuk terus bekerjasama menjayakan program ini pada masa akan datang," katanya.

Beliau juga berkata, BH adalah akhbar pertama yang memuatkan ruangan ilmu Islam sekurang-kurangnya satu atau dua muka surat setiap hari selain menjadi pelopor akhbar untuk program pendidikan di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Khairiah, Amran Yeop Zahari, mengucapkan terima kasih kepada BHB dan BH kerana sudi menganjurkan program Semarak Ramadan di kampung itu.

"Ini adalah sejarah buat kami kerana buat kali pertama ada program seumpama ini di kampung ini yang mempunyai kapasiti penduduk keseluruhan 500 orang," katanya.

Program yang bermula jam 7.30 pagi itu diakhiri dengan solat tarawih serta jamuan moreh bersama penduduk kampung.

KAKITANGAN BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah,Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran
KAKITANGAN BIMB Holdings Berhad dan Berita Harian menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah,Kuala Kangsar. - Foto L Manimaran
PENDUDUK Kampung Sayong bersama kakitangan BIMB Holdings Berhad bergotong-royong melapah daging pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama BH di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

MOHAMAD Azlan Mohamad Alam (dua kiri) bersama Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga kiri) menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah sekitar Kuala Kangsar pada Progran Semarak Ramadan BH bersama BIMB Holdings Berhad di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

MOHAMAD Azlan Mohamad Alam (kiri) bersama Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga kiri) dan Nik Aznir Nik Anis (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Orang Kurang Upaya, Mohammad Khusairi Mat Johor, 54, pada Progran Semarak Ramadan BH bersama BIMB Holdings Berhad di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

MOHAMAD Azlan Mohamad Alam (dua kanan) bersama Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kanan) menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah sekitar Kuala Kangsar pada Progran Semarak Ramadan BH bersama BIMB Holdings Berhad di Dewan Serbaguna Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X