Sabtu, 26 Mei 2018 | 11:54am

Program Semarak Ramadan bermula

KUALA KANGSAR: Program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) bermula dengan menumbangkan seekor kerbau di Kampung Sayong Lembah di sini pagi ini.

Kerbau berkenaan disembelih kira-kira jam 7.30 pagi kemudian dilapah secara bergotong-royong oleh penduduk kampung, warga BH dan kira-kira 50 kakitangan BHB.

Penduduk turut bergotong-royong memasak bubur lambuk, sup dan masakan daging kurma di perkarangan dewan serbaguna kampung berkenaan yang dijadikan sebagai masjid sementara berikutan Masjid Khairiah Kampung Lembah Sayong sedang dalam pembinaan.

Untuk memeriahkan acara, kelas bimbingan al-Quran untuk golongan wanita dan program 'smart solat' untuk kanak-kanak turut diadakan pagi ini dengan bimbingan pegawai agama BHB.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Ketua Pegawai Operasi BHB, Mohamad Azlan Mohamad Alam; Ketua Pegawai Syariah Kumpulan, Mohd Nazri Chik; Ketua Pegawai Pematuhan Bank Islam, Nik Aznir Nik Anis serta Ketua Wilayah Utara Bank Islam, Ahmad Fauzi Mohd Akhir.

Yang turut hadir, Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Petang ini, warga kerja BHB dan BH akan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Bazar Ramadan di Arena Square di pekan Kuala Kangsar selain menyerahkan apron kepada penjaja di lokasi sama, sebelum acara kemuncak pada waktu berbuka puasa nanti.

PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) bersama Ketua Pegawai Operasi BHB, Mohamad Azlan Mohamad Alam (empat dari kiri) memasak bubur lambuk pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pagi ini. - Foto L Manimaran

PENGARANG Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama Ketua Pegawai Operasi BHB, Mohamad Azlan Mohamad Alam melapah daging bersama penduduk kampung pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pagi ini. - Foto L Manimaran

PETUGAS Semarak Ramadan menyediakan beg cenderahati yang akan diberi kepada peniaga bazar Ramadan pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pagi ini. - Foto L Manimaran

PENDUDUK kampung bersama kakitangan BHB bergotong-royong melapah daging pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pagi ini. - Foto Muhaizan Yahya

PENDUDUK kampung bersama kakitangan BHB bergotong-royong mengupas bawang dan memotong sayur pada program Semarak Ramadan 2018 anjuran BIMB Holdings Berhad (BHB) bersama Berita Harian (BH) di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pagi ini. - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X