Khamis, 17 Mei 2018 | 4:00pm

Dr M kutuk Israel atas kematian rakyat Palestin

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengutuk Israel atas kematian 60 rakyat Palestin di tangan tentera rejim zionis itu ketika bantahan di sempadan Gaza pada Isnin.

"Kita menentang pembunuhan orang awam oleh Israel. Kita bersimpati terhadap rakyat Palestin dan menentang Israel," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini hari. Dr Mahathir ialah Pengerusi PH.

Dr Mahathir berkata Malaysia menentang pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqqadis.

Laporan menyebut bahawa sejumlah rakyat Palestin sedang mengadakan bantahan terhadap pemindahan kontroversi itu apabila tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mereka. -- BERNAMA

Berita Harian X