Selasa, 15 Mei 2018 | 5:35pm

Adam sampai Kem Induk Everest selepas 16 hari mengengsot

KUALA LUMPUR: Pendaki yang kudung kedua-dua kaki, Azrulkhan Hasrullah atau Adam akhirnya berjaya sampai di Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter (m) jam 12.30 tengah hari ini waktu tempatan (2.45 petang waktu Malaysia).

Beliau mula mengengsot ke Kem Induk Everest bermula jam 7 pagi tadi waktu tempatan (9.15 pagi waktu Malaysia) dari Gorakshep, dengan pendakian berjarak empat kilometer.


AZRULKHAN Hasrullah atau Adam memulakan pejalanan jam 7 pagi tadi waktu tempatan (9.15 pagi waktu Malaysia) dari Gorakshep.

Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin selaku penaja ekspedisi Adam, mengucapkan syukur kerana pendaki bersemangat kental itu selamat sampai ke destinasi impiannya.

"Adam mengajar kita erti syukur, ketabahan, kegigihan pengorbanan, impian dan tidak ada apa yang mustahil untuk dicapai.


AZRULKHAN Hasrullah atau Adam akhirnya berjaya sampai di Kem Induk Everest pada ketinggian 5,350 meter

"Warga pendaki gunung dan penggiat rekreasi sangat berbangga dengan Adam," katanya yang mendapat khabar gembira itu menerusi WhatsApp yang dikirim Adam, sebentar tadi.

Adam, 26 memulakan pendakian dari Lukhla, Kathmandu, pada 1 Mei lalu. Misi yang dijayakan Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Kem Induk Everest 2018 itu diketuai oleh Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.


ADAM memulakan pendakian dari Lukhla, Kathmandu, pada 2 Mei lalu

Qobin yang juga Penjelajah Grand Slam pertama negara berkata, suhu negatif lima hingga negatif tujuh Celsius dan kekurangan oksigen kerana ketinggian serta laluan berbatu adalah cabaran akhir Adam selama 16 hari mendaki.

Berikutan kejayaan Adam, katanya, tiada lagi alasan bagi rakyat negara ini yang diberikan kesempurnaan fizikal untuk tidak berjaya.


ADAM memulakan pendakian dari Lukhla, Kathmandu, pada 2 Mei lalu

"Alhamdulillah beliau berjaya menjadi cerminan untuk kita agar tidak mudah putus asa," katanya.

Adam dijangka tiba di Lukhla, sama ada hari ini atau esok dengan perkhidmatan helikopter dari Kem Induk Everest dan akan terus ke Kathmandu.

Qobin berkata, jika cuaca baik, Adam dijangka pulang ke sini pada jam 9 malam, Jumaat ini.


ADAM memulakan pendakian dari Lukhla, Kathmandu, pada 2 Mei lalu

Berita Harian X