Jumaat, 27 April 2018 | 8:23pm
 MENTERI Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah) Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim (empat dari kiri) bergambar menunjukan buku Laporan Tahunan Johor Corporation 2017, ketika majlis perasmian Laporan Tahunan Johor Corporation 2017, di The Puteri Pacific Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin

Kerajaan negeri lantik KPRJ siapkan RMMJ

JOHOR BAHRU: Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dilantik kerajaan negeri untuk menyiapkan baki 427 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) Taman Setia Indah, di sini, yang terbengkalai sejak 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Md Jais Sarday, berkata pembinaan semua rumah itu terhenti dengan hanya baki 10 peratus apabila pemaju, YMN Properties Sdn Bhd berdepan masalah.

"KPRJ akan menyambung kerja pembinaan bermula minggu depan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober ini. Projek RMMJ Taman Setia Indah berharga RM110,000 membabitkan 639 unit dan dibina mengikut empat fasa.

"Fasa pertama membabitkan 212 unit berjaya disiapkan, malangnya tiga fasa lain yang dibina sehingga 90 peratus masih terbengkalai," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Johor Corporation Bhd di Hotel Puteri Pacific, di sini, hari ini.

Md Jais berkata, pemaju YMN Properties Sdn Bhd gagal menyiapkan projek mengikut masa ditetapkan.

"Selain itu, syarikat berkenaan diarah membayar denda lewat penyerahan rumah (LAD) sebanyak RM18.7 juta. Berikutan itu, saya berharap semua pemilik rumah bersabar dan memberi masa kepada kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini," katanya.

Berita Harian X