Sabtu, 31 March 2018 | 3:40pm
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tengah) melihat penduduk mencuba cermin mata ketika Program Bantuan Cermin Mata Percuma Parlimen Pulai di Medan Selera MBJB, Kempas. - Foto Hairul Anuar Rahim

'Bukan Malaysia saja...'

JOHOR BAHRU: Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar turut dilaksanakan di negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS), Jerman, Britain dan Singapura dalam usaha menyekat penyebaran berita palsu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata undang-undang itu diperlukan bagi mengawal tindakan sesetengah pihak membuat berita palsu.

Katanya, RUU itu penting kerana ia membabitkan komunikasi dalam talian yang sukar untuk dikawal.

"Singapura sedang membahaskan undang-undang sama, Britain pun ada cadangan untuk buat perkara sama, AS pun mahu buat.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tiga dari kiri) menyampaikan cermin mata kepada penduduk sambil diperhatikan Timbalan Ketua UMNO Pulai, Datuk Ramli Bohani (dua dari kiri) ketika Program Bantuan Cermin Mata Percuma Parlimen Pulai di Medan Selera MBJB, Kempas. - Foto Hairul Anuar Rahim

"Di Jerman sudah ada undang-undang sama dalam konteks berbeza namun tujuannya adalah untuk mengawal perkara tidak baik dan boleh mencetuskan perbalahan hingga menjejaskan keharmonian kaum serta keselamatan negara.

"Itu matlamatnya dan masyarakat tidak harus melihat fake news (berita palsu) sebagai undang-undang yang membebankan," katanya pada sidang media selepas Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pulai di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, bukan kerajaan yang menentukan pihak bersalah membuat dan menyebar berita palsu, sebaliknya ia akan dibicarakan di mahkamah.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai, berharap rakyat melihat RUU terbabit sebagai langkah mengelak penyebaran berita palsu.

Berita Harian X