Jumaat, 16 Februari 2018 | 10:42am
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan pimpinan kanan MCA menggaul hidangan Yee Sang ketika hadir pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

PM sertai sambutan Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyertai kira-kira 1,000 rakyat tempatan memeriahkan majlis Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, pagi ini.

Mengenakan baju batik merah, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba ke majlis itu kira-kira jam 9.50 pagi.

Perdana Menteri disambut Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta barisan kepemimpinan MCA.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan pimpinan kanan MCA ketika hadir pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

Turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam; Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan kepemimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Najib serta pemimpin lain kemudian diiringi ke pentas bagi menyempurnakan acara menyiram bonsai sebagai permulaan sambutan Tahun Baharu Cina.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyiram pokok bonzai ketika hadir pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA, Kuala Lumpur. - Foto Zunnur Al Shafiq

Berita Harian X