Sabtu, 20 Januari 2018 | 11:08am
KETUA Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy semasa sidang media selepas program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia di Tapak Belon Udara Panas Presint 2, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KETUA Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy semasa sidang media selepas program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia di Tapak Belon Udara Panas Presint 2, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KETUA Pengarah Kastam, Datuk Seri Subromaniam Tholasy bergambar bersama peserta sebelum pelepasan program Kayuhan Amal Kastam 1 Malaysia di Tapak Belon Udara Panas Presint 2, Putrajaya. Program yang diadakan serentak di sepuluh lokasi di Malaysia telah di iktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai kayuhan Amal serentak teramai di Malaysia dengan 6255 peserta mengambil bahagian. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

5,000 syarikat didakwa di bawah Akta GST

PUTRAJAYA: Sebanyak 5,000 kertas siasatan sudah dibuka bagi mendakwa syarikat yang melanggar Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak diperkenalkan, pada 1 April 2015.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam, berkata syarikat yang didakwa adalah syarikat besar dan memiliki keupayaan untuk membayar cukai GST.

"Jika syarikat kecil kita masih beri nasihat untuk meningkatkan kefahaman mengenai percukaian ini, tetapi syarikat besar mereka patut sedar mengenai tanggungjawab percukaian ini.

"Inilah kelebihan GST berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang mana syarikat tidak boleh menipu dalam pembayaran cukai kepada negara," katanya kepada media selepas merasmikan Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M) di sini, hari ini.

Seramai 6255 peserta menyertai KAK1M yang membabitkan 10 lokasi di seluruh negara, sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Subromaniam berkata, jika sebelum ini ada syarikat yang sentiasa menipu membayar cukai, ia terdedah apabila GST diperkenalkan oleh kerajaan.

"Kita berharap peniaga atau syarikat menyertai persatuan mereka bagi mendapatkan maklumat mengenai cukai GST ini.

"JKDM juga melantik Duta GST yang terdiri daripada pegawai JKDM bagi membantu dan menyebarkan maklumat mengenai percukaian GST ini," katanya.

Subromaniam berkata, setakat ini 465,000 syarikat sudah mendaftar untuk GST dan jumlah itu melebihi sasaran iaitu sebanyak 200,000 syarikat.

"Program Pematuhan Melalui Pendidikan memberikan hasil yang positif kepada masyarakat dalam memberikan kefahaman mengenai GST ini.

"Kita berharap jangan dipolitikkan isu GST kerana manfaatnya akan dikembalikan kepada rakyat dan sistem ini, turut menjadi contoh kepada negara luar," katanya.

Subromaniam juga turut menyasarkan kutipan GST sebanyak RM43 billion pada tahun ini, manakala pada tahun lalu, JKDM kutipan GST sebanyak RM42 billion.

Berita Harian X