Selasa, 19 Disember 2017 | 4:16pm
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika Syarikat, Erwin Selvarajah (kanan) dan Pengasas bersama dan Pengarah Urusan TCRS Restaurant Sdn Bhd, Gaik Wong semasa Majlis Menandatangani Kedai Etika dan The Chicken Rice Shop di The Chicken Rice Shop, Mid Valley. - Foto Salhani Ibrahim

PENGERUSI Kedai Beras Ayam, Tunku Datuk Mu'tamir Tunku Mohamed (kiri), Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika Syarikat, Erwin Selvarajah (kanan), Pengasas bersama dan Pengarah Urusan TCRS Restaurant Sdn Bhd, Gaik Wong (ketiga Duta Besar Champion, Datuk Seri Vida (tiga dari kiri), Ketua Pegawai Operasi Malaysia, Singapura dan Brunei Etika, Low Chooi Hoon (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurant Sdn Bhd, Wong Kah Lin semasa Etika dan The Chicken Majlis Menandatangani Rice Shop di Kedai Beras Ayam, Mid Valley. - Foto Salhani Ibrahim

ABC telur masin dibida lebih RM10,000

KUALA LUMPUR: Lima mangkuk air batu campur telur masin, menu baharu The Chicken Rice Shop (TCRS), di sini, mengutip bidaan RM10,150 pada satu majlis kutipan sumbangan kebajikan.

Bidaan tertinggi untuk semangkuk air batu campur telur masin itu ialah RM5,000.

Pengerusi TCRS, Datuk Tunku Mu'tamir Tunku Mohamed, berkata kutipan bidaan itu disumbangkan kepada Mercy Malaysia untuk mangsa banjir.

Bidaan itu berlangsung pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara TCRS dan Etika Holdings Sdn Bhd (Etika) yang akan meneruskan kerjasamanya menerusi pelbagai produk Dairy Champs.

Selain Dairy Champ, Etika juga mengeluarkan pelbagai jenama minuman antara lain kopi Wonda, Moutain Dew, 7up, Lipton, Bleau, Revive dan Kickapoo.

Tunku Mu'tamir berkata air batu campur telur masin itu adalah inovasi TCRS yang menarik perhatian pada bidaan itu.

Katanya, sejak 15 tahun lalu pihaknya menggunakan pelbagai produk krimer sejat dan manis, Dairy Champ dalam hidangan di TCRS.

"Air batu campur telur masin menggunakan produk Dairy Champ yang menambah perisa kepada makanan pemanis mulut seperti air batu campur.

"Penggunaan variasi produk Diary Champ membantu TCRS menghasilkan pelbagai menu yang istimewa," katanya.

Pada majlis tandatangan MoU itu, Etika diwakili Presidennya, Erwin Selvarajah manakala Pengarah Urusan TCRS, Gaik Wong, bagi pihak syarikatnya.

Yang turut hadir ialah duta Diary Champ, Datuk Seri Vida.

Hidangan air batu campur telur masin boleh didapati di sembilan cawangan TCRS iaitu di pusat beli belah MyTown; Setia City Mall; IOI Mall Puchong; Subang Parade; The Gardens; Sunway Pyramid; Berjaya Times Square dan Melawati.

Promosi bermula hari ini sehingga 31 Januari 2018.

Berita Harian X