Sabtu, 16 Disember 2017 | 8:16pm
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Alexander Nanta Linggit (kanan) beramah mesra dengan penari masyarakat orang asli pada majlis Perasmian Penutup Simposium Masyarakat Orang Asli Terengganu Ke Arah Transformasi Terengganu Baru 2017 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Belia Orang Asli diberikan kursus kemahiran pekerjaan

KUALA NERUS: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) meneliti bidang pekerjaan baharu yang bersesuaian dengan masyarakat pedalaman, termasuk Orang Asli, untuk diterapkan dalam Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).

Timbalan Menteri KKLW, Datuk Alexandar Nanta Linggi, berkata tahun ini, seramai 2,040 belia Orang Asli yang mengikuti 51 kursus ditawarkan di PLKK berjaya memperoleh pekerjaan.

"KKLW akan sentiasa memantau pencapaian serta minat belia luar bandar, khususnya Orang Asli, supaya apa yang dirancang PLKK bersesuaian dengan kehendak dan kemahiran mereka.

"Setakat ini, pencapaian ditunjukkan belia Orang Asli amat membanggakan kerana meskipun berdepan pelbagai cabaran terutama daripada segi transformasi minda, kita berjaya melahirkan belia berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dan perusahaan," katanya.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Alexander Nanta Linggit (tengah) bersama Ahli Dewan Negara (Senator Orang Asli Malaysia), Datuk Isa Abd Hamid (kanan) merasmikan dengan menyumpit belon pada majlis Perasmian Penutup Simposium Masyarakat Orang Asli Terengganu Ke Arah Transformasi Terengganu Baru 2017 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Penutup Simposium Masyarakat Orang Asli Terengganu ke Arah Transformasi Terengganu Baru 2017 di Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Orang Asli Malaysia, Datuk Isa Abd Hamid.

Alexandar berkata, antara bidang latihan yang mendapat sambutan belia di kawasan pedalaman yang mengikuti kursus

ditawarkan PLKK adalah kulinari, dandanan rambut, automatif, kimpalan dan minyak dan gas.

"KKLW melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memberi perhatian penuh terhadap pembinaan dan kemahiran masyarakat Orang Asli menerusi PLKK ini.

"Ia penting kerana program ini mampu meningkatkan kemahiran kumpulan sasar supaya mereka mampu mendapat pekerjaan dan boleh menjalankan perusahaan sendiri bagi menjana pendapatan dan keluar daripada belenggu kemiskinan," katanya.

Katanya, PLKK juga adalah inisiatif KKLW melalui JAKOA, bagi mendekati masyarakat Orang Asli untuk meningkatkan taraf ekonomi dan mengukuhkan modal insan.

Berita Harian X