Isnin, 4 Disember 2017 | 7:20pm
AHMAD Zaini (kiri) dan Muhammed (dua dari kiri) menyambut ketibaan Che Saad (tiga dari kiri) sebelum meneruskan Kayuhan Solo - Jejak Bekas Wartawan di Balai Berita NSTP, Bangsar. - Foto Rosdan Wahid

Misi berbasikal solo jejak wartawan

KUALA LUMPUR: Bekas wartawan sambilan BH, Che Saad Nordin, 67, membawa misi berbeza apabila memilih berbasikal secara solo untuk menjejaki rakan pengamal media.

Che Saad berkata, misi dinamakan Kayuhan Solo - Jejak Wartawan itu bertujuan merapatkan hubungan di antara pengamal media di seluruh negara.

Katanya, kayuhan itu mendapat sokongan Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM) yang juga sebagai sebagai salah perancangan tahunan pertubuhan berkenaan.

"Dalam misi kali ini, saya ingin menjejak wartawan dan bekas wartawan. Sehingga kini, saya berjaya menjejaki 13 rakan wartawan sepanjang perjalanan.

"Saya akan memuat naik status di laman Facebook saya iaitu saadnordin, mengenai laluan kayuhan. Mereka akan menelefon dan seterusnya kami akan berjumpa.

"Dari situ, saya cuba menyelami masalah mereka dan kemudiannya akan diajukan kepada pertubuhan untuk tindakan seperti bantuan kebajikan disalurkan kepada yang memerlukan," katanya.

Che Saad ditemui BH ketika persinggahan beliau di Balai Berita NSTP, di sini, hari ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pemangku Presiden Pertubuhan Kebangsaan Wartawan dan Penulis Melayu Malaysia (PKWPM), Datuk Muhammed Ibrahim.

Terdahulu, hari ini Che Saad memulakan kayuhan dari Seremban, Negeri Sembilan ditemani oleh rakannya, Nazrul Fahmi Yusoff, 29.

Seterusnya, mereka akan meneruskan kayuhan hingga ke Kangar, Perlis untuk melengkapkan kayuhan mengeliling semenanjung Malaysia.

Sehingga kini, Che Saad sudah berkayuh lebih 1800 kilometer, bermula di Baling, Kedah sejak sebulan yang lalu.

Che Saad berkata, sebelum ini beliau aktif berkayuh secara solo dalam misi berbeza.

Bagaimanapun, kayuhan kali ketujuh ini lebih mencabar emosinya apabila dua orang tersayang dalam keluarganya meninggal dunia ketika beliau dalam kayuhan.

"Ketika sampai di Kota Bharu, Kelantan saya mendapat panggilan, abang saya meninggal dunia manakala ketika di Mersing, mak mentua pula meninggal dunia. Jadi saya terpaksa menangguh dua kali kayuhan untuk pulang ke kampung beberapa hari.

"Namun, saya tidak pernah patah semangat sebaliknya meneruskan kayuhan hingga ke penamat," katanya.

Berita Harian X