Selasa, 21 November 2017 | 6:24pm
JENAZAH ibu kepada Pengarang Berita BH, Ahmad Naim Tahir yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Permatang Rambai. - Foto Amir Irsyad Omar

PENGARANG Berita BH, Ahmad Naim Tahir (dua dari kiri) tidak dapat menahan air mata selepas kebumikan ibunya, Meryam Bakar yang menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman paru-paru. - Foto Amir Irsyad Omar

Jenazah ibu Pengarang Berita BH selamat dikebumi

KEPALA BATAS: Jenazah ibu kepada Pengarang Berita BH, Ahmad Naim Tahir, yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor, pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Permatang Rambai, di sini, petang tadi.

Allahyarhamah Meryam Bakar, 73, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru selepas menghidap kanser perut sejak beberapa tahun lalu.

Menurut anak kelapan Allahyarhamah, Nor Hafiza, 36, berkata arwah ibunya dibawa ke Hospital Selayang untuk menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam perut.

Bagaimanapun proses itu tidak sempat dilakukan berikutan berlaku jangkitan kuman hingga menyebabkan tahap kesihatan ibunya bertambah kronik.

"Ibu menghidap kanser perut sudah lama, tetapi penyakitnya mula serius sejak September lalu, dan kami adik beradik mengambil keputusan membawa ibu mendapatkan rawatan di hospital swasta di Pulau Pinang sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang.

"Pada ketika itu, tahap kesihatan ibu kian merosot dan semakin lemah apatah lagi berlaku jangkitan kuman hingga menyebabkan pembedahan yang sepatutnya dilakukan menjadi terlalu berisiko," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Permatang Rambai, di sini, hari ini.

Jelasnya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian ibu selepas tidak sanggup melihat penderitaan dan kesakitan yang terpaksa ditanggung ekoran penyakitnya.

"Pemergian ibu sudah menjadi takdir buat kami sekeluarga dan walaupun terasa sangat dengan kehilangannya, saya serta adik beradik lain reda dengan ujian ini," katanya.

Allahyarhamah Meryam meninggalkan suami, Mat Tahir Man, 79, dan sembilan anak dan 26 cucu.

Berita Harian X