Khamis, 9 November 2017 | 10:45pm

Media Prima terima penghargaan KeTTHA

PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menyampaikan sijil penghargaan kepada tiga media di bawah Media Prima Berhad (Media Prima).

Sijil penghargaan atas sumbangan bersempena Ekspo Pavilion Malaysia di Astana, Kazakhstan 2017 itu disampaikan Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Ketua Jabatan Berita, Media Prima TV, Nasharuddin Tajuddin menerima sijil bagi pihak Media Prima manakala kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) diwakili Pengarang Eksekutif Berita, New Straits Times, Muzli Mohammad Zin dan Harian Metro oleh wartawan, Mohammad Hussin.

Penyampaian sijil dilakukan pada Majlis Penghargaan Sekretariat Ekspo Pavilion Malaysia di Astana, Kazakhstan 2017, di sini malam ini.

Maximus, dalam ucapannya berkata, ekspo yang diadakan selama tiga bulan itu membuka peluang kepada Malaysia untuk memeterai 14 perjanjian persefahaman dengan Astana, bernilai RM5.044 bilion.

"Perjanjian ini membabitkan pembangunan korporat teknologi hijau, bangunan hijau, sumber tenaga diperbaharui, bioteknologi dan pendidikan.

"Selain itu, intipati perjanjian turut membabitkan pembangunan infrastruktur pembersihan air, minyak dan gas, nonoteknologi serta perubatan," katanya

Maximus turut memaklumkan, kementeriannya akan mengadakan kempen MyButterflyEffect dalam menjayakan kempen jimat tenaga melalui media sosial dengan tagline '1 Post > 1 watt'.

Berita Harian X