Isnin, 6 November 2017 | 10:33am
CALON SPM, Ahmad Shauqi Ismail, 17, yang mengalami patah kaki kiri akibat kemalangan jalan raya terpaksa menduduki peperiksaan SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak
SERAMAI 7 calon SPM terpaksa menduduki peperiksaan SPM 2017 di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

20,526 duduki SPM di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Seramai 20,526 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negeri ini, bermula hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi negeri, Bazlan Abd Rahman, berkata daripada jumlah itu, tujuh calon terpaksa menduduki SPM di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

"Seramai 1,377 petugas peperiksaan ditempatkan di 172 pusat peperiksaan bagi membantu mengendalikan calon SPM bermula hari ini.

"Daripada 20,526 calon, seramai 18,642 adalah pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

"Selain itu, 770 calon adalah dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), 77 calon SM agama negeri, 110 calon swasta, 927 calon persendirian dan 73 adalah calon berkeperluan khas (CBK)," katanya ketika melawat calon SPM di HSNZ, di sini, hari ini.

Beliau berkata, seramai 5,069 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) juga mula menduduki peperiksaan hari ini dengan seorang daripada mereka menduduki peperiksaan di HSNZ.

Berita Harian X