Sabtu, 4 November 2017 | 1:45pm
DATUK Wira Halimah Sadique (kiri) menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

JENERAL Tan Sri Zulkiple Kassim (kiri) menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

BENDAHARI UMNO Masjid Tanah, Datuk Kamarul Zaman Jantan (kiri) menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Halimah antara 12 penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka

AYER KEROH: Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Halimah Sadique menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira pada sesi kedua penganugerahan sempena Sambutan Ulang tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Halimah adalah antara 474 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri.

Selain itu, seramai 12 lagi penerima DCSM, antaranya Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim dan Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Wira Koh Nai Kwong.

Pada majlis itu, Mohd Khalil turut menyampaikan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada tiga penerima, antaranya Ketua Penyelaras UMNO Bahagian Klebang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan SME Bank, Datuk Dr Sheikh Ghazali Sheikh Abod.

Selain itu, Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk kepada 43 penerima, Darjah Seri Melaka (DSM) seramai 30 penerima, Bintang Cemerlang Melaka (BCM) kepada 29 penerima dan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) seramai 94 penerima.

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (dua dari kiri) bersama isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah (kiri) beramah mesra bersama Datuk Wira Halimah Sadique (tiga dari kiri) dan penerima yang lain selepas Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Ulang tahun ke-79 Yang di-Pertua Negeri Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Pingat Jasa Kebaktian (PJK) seramai 160 penerima, Pingat Bakti Masyarakat (PBM) untuk 95 penerima dan Pingat Khidmat Lama (PKL) kepada tujuh penerima.

Lima petugas media turut menerima anugerah iaitu Eksekutif Penyelaras Foto Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Mohd Jamah Nasri dan Ketua Biro China Press, Tong Boon Fui masing-masing dianugerahi Bintang Khidmat Terpuji (BKT).

Wartawan BH, Mohd Fairuz Zaidan menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), manakala wartawan kanan di Oriental Daily, Ngui Mee Ki dan wartawan dari Sinchew Daily, You Jia Yong masing-masing menerima Pingat Bakti Masyarakat (PBM).

Berita Harian X