KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak bersama 5,000 tetamu menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), di High Convention Centre, Sentul, di sini, hari ini.
Ketibaan Perdana Menteri disambut Presiden MAICCI, Tan Sri Kenneth Eswaran dan isteri, Puan Sri Vivienne Eswaran.
Yang turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Eswaran turun mengalungkan bunga malai kepada Perdana Menteri dan tetamu kehormat.
Najib kemudian memotong kek sebagai simbolik perasmian sambutan Deepavali anjuran MAICCI.