Sabtu, 7 Oktober 2017 | 8:17pm
HAMZAH (tengah) bersama pelajar dan guru terpilih dalam Program Susu Sekolah Goodday di Meru, Klang.
HAMZAH (tengah) bersama pelajar dan guru terpilih dalam Program Susu Sekolah Goodday di Meru, Klang.

Sokong susu tempatan - Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR: Pengeluar minuman, Etika Group of Companies (Etika) bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menyumbangkan pem susu Goodday kepada ribuan murid sekolah dalam beberapa minggu akan datang.

Pengeluar minuman, Etika Group of Companies (Etika) bekerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) untuk menyumbangkan susu paket Goodday kepada murid dalam beberapa minggu akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata `Program Susu Sekolah Goodday' adalah komitmen berterusan syarikat itu untuk membantu meningkatkan kesihatan kanak-kanak.

Katanya, susu mengandungi nutrien penting dalam pertumbuhan kanak-kanak, khususnya murid sekolah kerana membolehkan mereka cerdas di bilik darjah dan sukan.

"Pengeluaran pelbagai perisa susu termasuk yang terkini Goodday Madu dan Goodday Teh Hijau pastinya turut memberi manfaat kepada kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan Etika, hari ini.

Baru-baru ini, Hamzah merasmikan projek menaik taraf kilang pengeluaran produk tenusu Etika di Meru, Klang dengan pelaburan sebanyak RM100 juta.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Eksekutifnya Etika, Erwin Selvarajah dilaporkan berkata pihak menjalin kerjasama dengan ANGKASA untuk mengagihkan pem susu (susu dalam paket) kepada pelajar sekolah.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada komitmen kumpulan untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan penduduk di negara ini.

"Dengan membekalkan susu kepada pelajar sekolah, ia membantu memupuk pemahaman mengenai kesihatan yang baik pada usia yang masih muda," katanya.

Berita Harian X