Sabtu, 7 Oktober 2017 | 1:41pm
PENGUNJUNG Izzudin Halim dan isteri, Sabrina Safary melihat replika rumah yang di pamerkan pada MyRumah Showcase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
PENGUNJUNG Izzudin Halim dan isteri, Sabrina Safary melihat replika rumah yang di pamerkan pada MyRumah Showcase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
GERAI Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Development pada MyRumah Shoecase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
GERAI Perbadanan Nasional Berhad (PNB) Development pada MyRumah Shoecase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Pesara guru hadiri semua siri Pameran MyRumah

PETALING JAYA: Minat mendalam terhadap hartanah mendorong seorang pesara guru menghadiri semua siri pameran MyRumah anjuran The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Tan Chwee Hong, 59, berkata pada penganjuran siri pertama MyRumah 2017 di Bangsar, Kuala Lumpur pada Mac lalu, beliau juga mengikuti hampir semua forum dan sesi dialog yang diadakan.

Katanya, bagi siri keempat yang sedang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, di sini, beliau turut berhasrat menyertai semua forum kerana ia percuma untuk pengunjung.

"Apa yang menarik dengan MyRumah ialah semua seminar yang diadakan percuma. Saya perlu membayar ratusan ringgit jika mahu menghadiri seminar sama di luar.

EKSEKUTIF Pemasaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Sabrina Azmi (kanan) membantu pengunjung, Wong Hiew Hung membuat caruman PTPTN pada MyRumah Showcase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Cuma, saya ingin cadangkan jika boleh pada masa akan datang, pastikan topik untuk setiap siri pameran adalah berbeza supaya pengunjung tidak bosan.

"Saya juga minta jasa baik penganjur supaya dapat memberi kelonggaran, terutama masa rehat tengah hari. Ketika ini jadual sangat padat," katanya ketika ditemui pada pameran itu, di sini, hari ini.

MyRumah 2017 di The Curve, berlangsung tiga hari bermula semalam dan percuma untuk kunjungan orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tiga siri MyRumah 2017 sebelum ini ialah di Bangsar, Johor Bahru dan Alor Setar, menarik hampir 15,000 pengunjung dengan 67 unit hartanah terjual dengan nilai RM30 juta.

PENGUNJUNG Najib Limun bersama ibunya, Che Norma Safee memdengar penerangan dari kakitangan Worldwide HoldingsBerhad pada MyRumah Shoecase 2017 di The Curve, Mutiara Damansara. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Pengunjung, Shamsul Annuar, 49, turut memuji pameran MyRumah kerana disertai pelbagai syarikat pemaju hartanah yang dapat memenuhi cita rasa dan bajet pelanggan.

Katanya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Sime Darby Berhad, masing-masing menawarkan kediaman berharga RM200,000 dan RM600,000 mengikut lokasi serta kemudahan.

"Saya ingin cadangkan agar pameran selepas ini dapat menyelaraskan syarikat peserta mengikut kos kediaman yang dijual. Ini akan menjimatkan masa pengunjung kerana masing-masing ada bajet sendiri," katanya.

Berita Harian X