Sabtu, 7 Oktober 2017 | 10:09am
PESERTA mula kayuhan pada petak permulaan pada kejohanan HM Mountain Bike Grand Prix 2017 di Kerteh. - Foto Rozainah Zakaria
PESERTA mula kayuhan pada petak permulaan pada kejohanan HM Mountain Bike Grand Prix 2017 di Kerteh. - Foto Rozainah Zakaria
PENGERUSI Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau, Ir. Rosli Othman (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Datuk Jalil Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Othman Mamat ketika pelepasan HM Mountain Bike Grand Prix 2017 di Kerteh. - Foto Rozainah Zakaria

Acara berbasikal lasak kembali

CHUKAI: Lebih 1,000 peserta menyertai kejohanan berbasikal lasak, Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP2017) di Kerteh di sini, hari ini.

Acara pelepasan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kemasik, Rosli Othman, bersama Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Nazlee Khalifah dan Pengarang Eksekutif Harian Metro, Othman Mamat.

Othman berkata, pemilihan Kerteh sebagai lokasi siri kedua HMMTBGP 2017 tahun ini dibuat atas permintaan ramai di Pantai Timur, selain sempena Visit Beautiful Terengganu tahun ini.

"Trek kali ini lebih mencabar dari segi kemahiran mengemudi dan teknikal peserta yang pada keseluruhannya dijangka mengambil masa antara dua hingga empat jam mengikut tahap ketahanan serta kemahiran masing-masing.

"Pelbagai rintangan 'offroad' termasuk laluan berbukit, berair, cerunan curam, batu batan dan laluan sempit bakal ditempuh oleh peserta yang pastinya mencabar stamina dan kelebihan dalam mengendalikan basikal di sepanjang laluan," katanya selepas melepaskan peserta kejohanan di Sekolah Kebangsaan Kerteh di sini, pagi ini.

Kejohanan sejauh 38 kilometer itu membabitkan tiga lokasi bagi merancakkan aktiviti sukan berbasikal tempatan.


PESERTA mula kayuhan pada petak permulaan pada kejohanan HM Mountain Bike Grand Prix 2017 di Kerteh. - Foto Rozainah Zakaria

Kejohanan sama siri pertama diadakan di Bukit Merah Laketown Resort pada 29 Julai lalu dan siri ketiga akan diadakan pada 2 Disember depan di Sungai Buaya, Selangor.

Majlis turut dihadiri Pengurus Besar Pengiklanan NSTP, Jeannie Leong; Guru Besar SK Kerteh, Mohd Rozi Hamid; Pengurus Komunikasi Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Siti Aniza Abdul Rahman; Pengurus Besar Penjenamaan Universal Fitness & Leisure Sdn Berhad (UFL) dan Pembangunan Jenama Deuter, Ahmad Termizi Mahmud dan Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau, LeRun Industries Sdn Bhd, Marcus Leong.

Lima kategori dipertandingkan iaitu lelaki junior, lelaki terbuka, lelaki junior master, lelaki senior master dan terbuka wanita.

HMMTBGP2017 mendapat kerjasama Affin Bank Group sebagai penaja utama, selain beberapa rakan penaja termasuk Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Demak, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Julies Biscuits, Mamee Double-Decker, Isuzu Malaysia dan Resort World Kijal.

Berita Harian X