Jumaat, 15 September 2017 | 12:54pm
ORANG ramai berpeluang mendapatkan dua tin Kopi Tarik secara percuma apabila membuat pesanan Pizza Hut 'Double Box' menerusi Pizza Hut Delivery.

Beli pizza, percuma 2 Kopi Tarik

Promosi pengedaran minuman edisi terhad itu dijayakan menerusi kerjasama antara Wonda Coffee dan Pizza Hut Delivery bagi menghangatkan suasana hari bersejarah yang disambut di seluruh negara, esok.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Santharuban T Sundaram, berkata Hari Malaysia adalah sambutan memperingati penubuhan sebuah negara, selain menyelami detik kejayaan yang ditempa sejak 1963.

Sehubungan itu, katanya, Wonda Coffee menghasilkan produk edisi terhad, Kopi Tarik yang bakal mengembalikan nostalgia orang ramai ketika menghirup minuman yang diperkaya dengan rasa tempatan.

"Orang ramai berpeluang mendapatkan dua tin Kopi Tarik secara percuma apabila membuat pesanan Pizza Hut 'Double Box' menerusi Pizza Hut Delivery.

"Bagaimanapun, promosi pemberian minuman edisi terhad sempena Hari Malaysia ini hanya ditawarkan untuk dua hari iaitu mulai esok hingga Ahad.

"Promosi yang menggunakan konsep 'siapa cepat dia dapat' ini boleh didapati di 203 cawangan Pizza Hut Delivery di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Santharuban berkata, pihaknya gembira terhadap sambutan pelanggan setia dan penggemar kopi di negara ini, justeru Wonda Coffee menjalin kerjasama dengan Pizza Hut Delivery untuk menawarkan ganjaran istimewa sempena Hari Malaysia.

Katanya, pengeluaran produk edisi terhad Kopi Tarik menjadi pilihan kerana ia berupaya menyingkap maksud tersendiri, malah minuman berkenaan sering menjadi siulan dalam kalangan rakyat Malaysia selama ini.

"Kami harap pemberian minuman Kopi Tarik ini akan menghangatkan lagi suasana perayaan Hari Malaysia tatkala disambut masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Hari Malaysia pada 16 September sabun tahun diadakan bertujuan memperingati pembentukan negara, yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menyertai gabungan berkenaan pada 1963.

Menelusuri sejarah, semangat perayaan yang disemat rapi oleh setiap rakyat Malaysia kekal utuh, namun ketika ini orang ramai mempunyai gaya dan haluan berbeza dalam meraikan Hari Malaysia.

Antara matlamat lain perayaan hari bersejarah ini adalah meraikan kepelbagaian budaya dan adat yang membentuk keunikan Malaysia sehingga hari ini.

Sikap menghormati budaya, adat, resam dan agama masyarakat berbilang kaum menjadi tiang keutuhan perpaduan rakyat, sekali gus menyaksikan Malaysia lebih menonjol di mata dunia berbanding negara lain.

Kepelbagaian budaya itu antara lain merangkumi detik kebersamaan yang tercetus tatkala menikmati kopi, sama ada di warung, kopitiam atau kedai mamak.

Berbekalkan secangkir kopi, perbualan yang dikongsi secara bersama kadang kala berunsur ilmiah, provokatif dan mampu menjadi pemangkin seseorang untuk meluahkan isi hati.

Oleh itu, perkongsian cinta terhadap kopi dalam kalangan rakyat Malaysia akhirnya membolehkan kita mengetepikan perbezaan dan merapatkan ukhuwah.

Ia adalah budaya yang membezakan Malaysia dengan negara lain di dunia.

Berita Harian X