Jumaat, 15 September 2017 | 12:01pm
PETUGAS menggali kubur di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda sebagai persiapan untuk pengebumian jenazah mangsa kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

ANGGOTA Unit Forensik Bukit Aman bersiap sedia untuk melakukan siasatan ke atas bangunan asrama Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. - Foto BERNAMA

6 kumpulan uruskan jenazah

KUALA LUMPUR: Enam kumpulan daripada tiga agensi akan menguruskan pengebumian 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebaik proses padanan DNA selesai, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tiga agensi terbabit ialah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

Katanya, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan bersama wakil agensi berkenaan pada jam 8 pagi ini.

DATUK Seri Jamil Khir Baharom.- Foto Ahmad Irham Mohd Noor

"Sebaik selesai padanan DNA, kumpulan ini akan menguruskan jenazah. Mereka akan memandikan dan mengkafan jenazah.

"Selepas itu, jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan Raudhatul Sakinah dan lokasi mengikut permintaan keluarga.

"Semua pihak pengurusan tanah perkuburan dan agensi agama di negeri terbabit sudah dimaklumkan," katanya.

Katanya, kumpulan berkenaan turut membabitkan kaunselor untuk memberi sokongan moral kepada ahli keluarga mangsa.

Berita Harian X