Jumaat, 15 September 2017 | 9:21am

Waris setia menanti

KUALA LUMPUR: Hujan renyai dan suasana pilu menyelubungi Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, pagi ini.

Keluarga dan kenalan terus setia menanti walaupun sudah dimaklumkan proses pengesahan DNA semua 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat dijangka selesai pada jam 3.30 petang hari ini.

Beberapa waris dan ahli keluarga mangsa dilihat tiba di perkarangan unit forensik HKL seawal jam 8 pagi.

Ketika ini, semua waris terdekat sudah menyerahkan DNA masing-masing bagi membantu proses pengesahan berkenaan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, kecuali bagi waris yang memohon untuk melakukannya di kawasan masing-masing.

AHLI keluarga mangsa berkumpul di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. - Foto Sairien Nafis

KEADAAN di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran, Kampung Keramat, Kuala Lumpur. - Foto Luqman Hakim Zubir

LEBIH 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, semalam. Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan. - Foto ihsan pembaca

Berita Harian X