Isnin, 21 Ogos 2017 | 11:06am
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Foto Adrian David
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. - Foto Adrian David

Kapal, pesawat TLDM bantu operasi selamat tentera AS

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan 10 anggota kapal pemusnah Amerika Syarikat (AS), USS John S McCain, yang hilang selepas bertembung dengan sebuah kapal dagang di di Selat Singapura, kira-kira 4.5 nautika dari Teluk Ramunia, Johor, awal pagi ini.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, berkata pihaknya menggerakkan kapal KD Handalan dan pesawat TLDM bagi membantu operasi berkenaan.

Katanya, selain KD Handalan, turut menyertai operasi SAR adalah kapal milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KD Handalan, SuperLynx, kapal APMM dan pesawat TUDM dikerah bantu SAR 10 anggota #USSJohnSMcCain yang hilang setelah berlanggar timur perairan Johor. - Foto ihsan twitter https://twitter.com/mykamarul

"KD Handalan, kapal APMM dan pesawat TUDM dan TLDM dikerah bantu SAR 10 anggota #USSJohnSMcCain yg hilang setelah berlanggar Timur Johor," katanya melalui laman Twitter miliknya.

USS John S McCain, kapal pemusnah peluru berpandu milik Tentera Laut AS mengalami kerosakan apabila bertembung dengan kapal Alnic MC ketika melakukan lawatan pelabuhan rutin di Singapura.

Laporan awal menyebut John S McCain mengalami kerosakan di bahagian menghala ke pelabuhan

Ia kejadian kedua membabitkan kapal tempur Tentera Laut AS di perairan Asia dalam masa dua bulan.

Berita Harian X