Isnin, 21 Ogos 2017 | 8:02am

Gerabak kargo tergelincir, perkhidmatan komuter terjejas

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter membabitkan laluan dua hala Sungai Buloh-KL Sentral terganggu hari ini berikutan insiden 10 gerabak kargo tergelincir, awal pagi tadi.

Unit Respons Pelanggan KTM ketika dihubungi berkata, sebanyak 10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi.

"Kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka 30 minit dari jadual asal membabitkan laluan Pelabuhan Klang dan Batu Caves susulan kerja membaik pulih di kawasan terjejas.

"Perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) menghala ke utara iaitu Ipoh dan Padang Besar turut mengalami kelewatan dari jadual asal.

"Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Difahamkan, satu kenyataan akan dikeluarkan pada jam 9 pagi ini.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari laman http://www.ktmb.com.my.

PERKHIDMATAN komuter dari Kepong menghala ke Kuala Lumpur terpaksa dihentikan berikutan beberapa buah gerabak muatan barang tergelincir dari landasan di berhampiran bulatan jalan antara Jalan Kuching dan Jalan Tuanku Abdul Halim. - Foto Fariz Iswadi Ismail

TINJAUAN di Stesen Keretapi KTM Bank Negara terkawal berikutan pihak pengurusan sudah memberi pengumuman awal supaya orang ramai boleh mengambil alternatif lain untuk ke destinasi masing-masing. - Foto Salhani Ibrahim

10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
10 gerabak membawa simen dari Simpang Batu dilaporkan tergelincir di Kepong kira-kira jam 1 pagi tadi. - Foto Fariz Iswadi Ismail
Berita Harian X