Isnin, 14 Ogos 2017 | 9:31pm
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Besar sempena persandingan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah. - Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Pasangan Diraja berangkat tiba ke Istiadat Persandingan

JOHOR BAHRU: Pasangan diraja, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah, tiba di Istana Besar Johor Bahru, dekat sini, untuk menyempurnakan Istiadat Persandingan.

Pasangan Diraja itu tiba pada jam 8.35 malam, menaiki kereta antik.

Tunku Aminah dan suami, Dennis, mengenakan busana tradisional Baju Kurung dan Baju Melayu Teluk Belanga putih.

Warga Johor Bahru melihat skrin besar perkahwinan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Bangunan MBJB, Johor bahru. - Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Turut berangkat ke Bilik Singgahsana, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah serta anakanda baginda.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Istiadat diteruskan dengan perarakan pasangan Diraja melalui Tangga Agung Istana Besar menuju ke singgahsana sebelum diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai Mufti Johor, Datuk M Tahrir Samsudin.

Selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan upacara menepung tawar.

Istiadat Persandingan turut ditayangkan secara langsung di dua skrin gergasi di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan bangunan MBJB.

Berita Harian X