Isnin, 7 Ogos 2017 | 3:14pm
DATUK Seri Rohani Abdul Karim.- Ahmad Irham Mohd Noor
DATUK Seri Rohani Abdul Karim.- Ahmad Irham Mohd Noor

2018 tahun memperkasa wanita

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengisytiharkan 2018 sebagai tahun memperkasa wanita.

Menteri, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata pelbagai projek dan program berimpak tinggi disusun untuk memanfaat golongan itu seiring prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Katanya, program yang akan dilaksanakan akan memberi tumpuan ke arah menjana dan meningkatkan pendapatan mereka terutama golongan ibu tunggal.

"Jika dulu kita akan panggil mereka untuk latihan perniagaan, ..jika ada antara mereka yang kurang minat, ..kita cuba jana minat mereka.

"Tetapi kali ini, ia akan lebih terarah kepada mereka yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan bantuan serta latihan akan disalurkan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pelancaran Projek Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM)-L'OREAL Malaysia: Women In Business di sini, hari ini.

Pada majlis itu, NAWEM dan L'OREAL Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai program perniagaan yang bakal memperkasa wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal.

Berita Harian X