Sabtu, 5 Ogos 2017 | 11:50am

Mantapkan pembangunan modal insan - PM

KUANTAN: Datuk Seri Najib Razak berkata, pembangunan modal insan secara holistik adalah faktor penting dalam membantu pertumbuhan ekonomi mapan.

Perdana Menteri berkata ia ditunjangi empat perkara iaitu pembangunan pendidikan menyeluruh untuk rakyat memperoleh kemahiran dan ilmu, peningkatan pendapatan rakyat daripada pencapaian tahap pendidikan dan kemahiran.

"Kita perlu bersedia dari sekarang untuk memantapkan pembangunan modal insan dengan mengambil kira perubahan semasa dan cabaran akan datang.

"Contohnya, menyediakan generasi hari ini pelbagai input supaya mereka dapat memenuhi keperluan mengisi jawatan yang belum wujud tetapi akan diperlukan pada masa akan datang seperti robotik dan teknologi nano," katanya.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba untuk menghadiri Majlis Perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) Kampus Kuantan di Indera Mahkota. - Foto NSTP/Muhd Asyraf Sawal
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba untuk menghadiri Majlis Perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR) Kampus Kuantan di Indera Mahkota. - Foto NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) Kampus Cawangan Pahang, di sini, hari ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menyempurnakan majlis perasmian kampus berkenaan.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaacob, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap.

Kos pembinaan TAR UC bernilai RM45 juta di kawasan seluas enam hektar mampu memuatkan 3,000 pelajar.

Ia menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan (Perakauanan), Diploma Pengajian Perniagaan (Pentadbiran Perniagaan) dan Diploma Sains (Sistem Maklumat Kejuruteraan).

Berita Harian X