Selasa, 11 Julai 2017 | 12:13pm

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana, 5.9 magnitud berlaku di Sumatera Utara hari ini, 248 kilometer (km) di barat daya Sabak Bernam, di Selangor, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa berlaku pada jam 9.24 pagi.

Menurut jabatan itu, gegaran dirasai di beberapa kawasan di Selangor, namun ia tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

Berita Harian X