Isnin, 5 Jun 2017 | 8:41pm

TNB rai 50 anak yatim

PENGERUSI Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Azman Mohd (kiri) dan Yang Dipertua Pelitawanis Kebangsaan TNB, Datin Seri Noor Afizah Md Noor (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha ketika Majlis Berbuka Puasa TNB di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (Uniten). - Foto Khairull Azry Bidin

BANGI : Seramai 50 pelajar Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqahah, Sungai Merab diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Peringkat Korporat Tenaga Nasional Berhad (TNB), di rhr Hotel @ Uniten, di sini.

Pada majlis itu TNB turut menyerahkan sumbangan bernilai RM3,000 kepada pengurusan sekolah berkenaan, serta sumbangan duit raya RM150.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Azman Mohd, berkata majlis berbuka puasa itu adalah acara tahunan TNB itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan dengan anak-anak yatim.

"Bantuan yang diberikan tidak hanya pada majlis sebegini, malah kita akan membantu golongan yang memerlukan pada bila-bila masa juga," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Korporat TNB, di sini.

Turut hadir, Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid.

Berita Harian X