Jumaat, 2 Jun 2017 | 11:06pm

Majlis buka puasa NIOSH hargai media

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thyee (tiga dari kanan) menjamu selera dengan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang (tengah), Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman (dua dari kiri) dan wakil-wakil media tempatan pada Majlis Iftar NIOSH bersama Media di Hotel Istana, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Majlis berbuka puasa anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di Hotel Istana di sini sebentar tadi, meriah dengan kehadiran pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, warga kerja NIOSH dan media.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang BH, Datuk Badrulhisham Othman; Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang; Penulis Khas Kanan Harian Metro, Tuan Asri Tuan Hussein dan Pengarang Bersekutu NST, Sofea @ Chok Suat Ling.

Majlis dimulakan dengan berbuka puasa, diikuti solat Maghrib sebelum warga NIOSH beramah mesra dengan kira-kira 50 petugas media yang hadir. 

Dalam ucapannya, Lam Thye berkata, majlis berbuka puasa yang diadakan malam ini adalah sebagai tanda penghargaan atas kerjasama antara media dan pihak NIOSH.

"Kami mengadakan majlis ini untuk mengucapkan terima kasih dan memberi penghargaan kepada pihak media atas kerjasama yang diberikan," katanya.

Dalam pada itu, Lam Thye turut bercadang untuk menganjurkan sesi seminar selewat-lewatnya Ogos depan untuk memberi pendedahan kepada petugas media berhubung aspek keselamatan ketika bekerja.

"NIOSH amat prihatin dengan peranan petugas media, terutama dalam aspek keselamatan dan kebajikan mereka. 

"Seminar ini akan memberi pendedahan kepada pengamal media yang dihantar ke tugasan berisiko agar lebih bersedia ketika menjalankan tugas," katanya.

Berita Harian X