PASIR GUDANG: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menyifatkan pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pujut bukan masalah untuk kerajaan negeri.
"Itu tiada masalah," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita mengenai Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang meluluskan usul memecat ADUN Pujut, Dr Ting Tiong Choon kerana memiliki dua kerakyatan.
Abang Johari berkata demikian selepas menghadiri sambutan pembukaan perayaan Gawai Dayak di Pasar Borneo Johor, di sini hari ini.
Pemecatan itu dibuat berikutan Dr Tiong Choon memegang kewarganegeraan Australia, malah didaftarkan sebagai pengundi di sana.
Usul melucutkan keanggotaan Dr Tiong Choon itu dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh, pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.