Isnin, 8 Mei 2017 | 7:10pm

Kempen dan latihan kesedaran keselamatan untuk pengamal media

DATUK Seri Dr Salleh Said Keruak menerima kunjungan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye (kiri) di pejabatnya di Menara KKMM hari ini. - Foto BERNAMA
DATUK Seri Dr Salleh Said Keruak menerima kunjungan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye (kiri) di pejabatnya di Menara KKMM hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi menganjurkan kempen kesedaran dan latihan mengenai amalan kerja yang selamat untuk pengamal media, tahun ini.

Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata program itu bagi mengukuhkan lagi garis panduan komprehensif untuk pengamal media yang diterbitkan NIOSH dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) sebelum ini.

Beliau berkata, ketika ini ada agensi media masih menghantar petugas media untuk tugasan berisiko tanpa peralatan perlindungan yang sesuai atau pengetahuan mengenai risiko yang bakal dihadapi mereka.

"Pengamal media berpotensi terdedah kepada penyakit dan ancaman persekitaran yang lain apabila membuat liputan bencana alam dan wabak besar sementara mereka yang dihantar ke zon perang dan kawasan konflik mungkin tercedera atau terbunuh.

"Pertubuhan media sepatutnya tidak menunggu insiden seperti kemalangan berlaku sebelum menerima pakai amalan kerja yang selamat mengikut garis panduan itu," katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di Putrajaya, hari ini.

Berita Harian X