Ahad, 7 Mei 2017 | 6:48pm

Yang di-Pertuan Agong lawat Pangkalan TLDM Lumut

SULTAN Muhammad V berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama sempena lawatan dua hari baginda ke Pangkalan TLDM di Lumut. - Foto L Manimaran
SULTAN Muhammad V berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama sempena lawatan dua hari baginda ke Pangkalan TLDM di Lumut. - Foto L Manimaran

LUMUT: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sebentar tadi berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Utama (KKU) sempena lawatan dua hari baginda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini.

Ketibaan baginda kira-kira jam 5.30 petang di Padang Kawad Kapal Diraja (KD) Pelandok disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sebaik tiba, baginda menerima tabik hormat daripada perbarisan dan lagu Negaraku kemudian dimainkan.

Baginda kemudian memeriksa KKU yang terdiri daripada 106 anggota termasuk empat pegawai.

Baginda kemudian berangkat menghadiri acara di Lapang Sasar Abdul Samad.

Pada hari kedua lawatan baginda ke Pangkalan TLDM Lumut esok, Sultan Muhammad V dijadualkan melawat KD Lekiu dan diberikan taklimat transformasi dan operasi TLDM dan Projek Markas Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Wardroom KD Lekiu.

Sultan Muhammad V juga akan dipersembahkan dengan demonstrasi gempur Markas Paskal, Markas Udara TLDM, Aset Udara TLDM dan kapal sasaran selain menerima Beret Kehormat dan Lencana Trimedia.

Berita Harian X