Sabtu, 6 Mei 2017 | 2:11pm
SEBAHAGIAN daripada 4,000 peserta menikmati sarapan dengan cara bersantai di Hari Sarapan Terbesar MILO di padang Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
SEBAHAGIAN daripada 4,000 peserta menikmati sarapan dengan cara bersantai di Hari Sarapan Terbesar MILO di padang Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

4,000 peserta meriahkan Hari Sarapan Terbesar MILO

SEBAHAGIAN daripada 4,000 peserta menikmati sarapan dengan cara bersantai di Hari Sarapan Terbesar MILO di padang Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi
SEBAHAGIAN daripada 4,000 peserta menikmati sarapan dengan cara bersantai di Hari Sarapan Terbesar MILO di padang Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu. - Foto Syamsi Suhaimi

KOTA BHARU: Kira-kira 4,000 peserta membanjiri padang Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, di sini, sempena Hari Sarapan Terbesar MILO, hari ini.

Program anjuran Nestle Malaysia itu diadakan bagi mendidik ibu bapa mengenai keperluan tenaga harian anak mereka berikutan kadar pengambilan sarapan yang masih rendah dalam kalangan murid.

Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO, Nestlè (Malaysia) Berhad, April Wong, berkata program yang dianjurkan sejak lima tahun lalu itu menekankan kepentingan sarapan yang berkhasiat dan mendidik ibu bapa berkaitan tenaga diperlukan anak mereka yang masih bersekolah.

"Kota Bharu adalah bandar keenam untuk menjadi tuan rumah Hari Sarapan Terbesar MILO, tahun ini.

"Program ini akan menutup sesi jelajah di Putrajaya pada 14 Mei nanti," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Acara bermula jam 7 pagi dengan Larian Hari Sarapan Terbesar MILO sejauh tiga kilometer, yang dirasmikan oleh Wong bersama Pengarah Kesihatan Kampus USM, Profesor Dr Ahmad Sukari Halim.

Wong berkata, bagi memeriahkan lagi program, pelbagai acara diadakan antaranya senamrobik, cabutan bertuah, mencari harta karun serta persembahan pentas.

Selain itu, sesi masakan sarapan berkhasiat dan kreatif, sukan seperti chapteh dan bola sepak sasaran serta tarian buluh tradisional.

"Pengunjung boleh menikmati sarapan dalam suasana berkelah bersama keluarga dan rakan, malah mereka berpeluang memenangi produk serta barangan MILO melalui cabutan bertuah," katanya.

Berita Harian X