Ahad, 30 April 2017 | 5:29pm

Suku juta pengunjung kunjungi PBAKL 2017

PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto BERNAMA
PESTA Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih 250,000 orang nengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Pengerusi Bersama PBAKL 2017, Ishak Hamzah, berkata jumlah itu melebihi angka pada dua hari pertama penganjuran PBAKL di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor, tahun lalu, dengan 230,0000 pengunjung.

"Kami tidak meletakkan sasaran harian bagi kehadiran pengunjung, namun kami menjangkakan kunjungan pada Sabtu dan Ahad akan meningkat kepada 300,000 pengunjung setiap hari," katanya kepada BH, di sini, sebentar tadi.

PBAKL 2017 kembali ke PWTC selepas diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor buat pertama kalinya tahun lalu.PBAKL yang bermula Jumaat lalu akan berlangsung selama 10 hari sehingga 7 Mei ini.

Ishak berkata, pihaknya meletak sasaran kunjungan keseluruhan bagi PBAKL 2017 seramai 2.5 juta pengunjung.

Berita Harian X