Khamis, 27 April 2017 | 10:54am

Sambutan Ulang Tahun TLDM catat sejarah

TAN Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melakukan tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan barisan anggota TLDM ketika hadir pada Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar. - Foto Edmund Samunting

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-83, hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kali diadakan di luar Pangkalan TLDM Lumut.

Kali ini, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, di sini, menjadi lokasi sambutan dengan disempurnakan Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Seramai 321 pegawai dan anggota TLDM menyertai perbarisan yang bermula jam 7.40 pagi tadi.

Perbarisan sempena ulang tahun TLDM kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali anggota TLDM memakai pakaian operasi baharu bercorak celoreng digital.

Satu lagi sejarah tercipta kali ini ialah penganugerahan Laskar Terbaik 2016 yang julung kali diberikan kepada anggota wanita.

Lebih bersejarah, penerima anugerah terbabit ialah anak jati Sabah berasal dari Kampung Tahak, Membakut, iaitu Laskar Kanan Amisah Kuiming, 31.

Ahmad Kamarulzaman dalam ucapannya, berkata TLDM kini berdepan ancaman keselamatan maritim yang lebih luas.

"Ancaman maritimm dihadapi TLDM kini bukan hanya tertumpu di perairan Selat Melaka tetapi turut meliputi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu di pantai timur Sabah.

"Ini perlu diberi perhatian dan sebagai benteng pertahanan negara, TLDM bekerja keras bagi memastikan tahap keselamatan perairan dan aset serta infrastruktur maritim negara terjamin," katanya.

Beliau berkata, persekitaran maritim yang selamat adalah sangat penting bagi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.

TAN Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin bergambar dengan sebahagian anggota TLDM ketika hadir pada Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar. - Foto Edmund Samunting

Berita Harian X