Sabtu, 22 April 2017 | 3:01pm
MENTERI Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memeriksa dan meninjau sisa buangan elektrik dan elektronik selepas merasmikan Sambutan Hari Bumi 2017 di Dataran Tangkak, dekat sini, hari ini. - Foto Hai Rozzaman Jalal

Undang-undang e-waste akan diperkenal

MUAR: Kerajaan akan memperkenalkan rang undang-undang pengurusan sisa elektronik dan elektrik (e-waste) bagi mengawal selia pelupusan bahan buangan berkenaan di negara ini, mulai tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia sebagai langkah menangani masalah pelupusan sisa e-waste yang mampu membahayakan kesihatan awam jika tidak diuruskan dengan berkesan.

Katanya, pada masa ini pengurusan dan kaedah pelupusan sisa e-waste isi rumah dilakukan secara konvensional, tidak menepati ciri-ciri amalan hijau dan kebanyakannya dikendalikan oleh pengusaha barangan lusuh atau dibuang secara haram.

Beliau berkata, draf undang-undang berkenaan sudah diserahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi.

"Pada masa ini, sistem pelupusan e-waste hanya dilaksanakan pada peringkat industri manakala pelupusannya pada peringkat isi rumah atau masyarakat awam tidak dilakukan secara sistematik dan hanya dibuang di tong sampah atau dibuang secara haram.

"Padahal sisa elektronik seperti telefon bimbit serta komputer riba selain sisa elektrik seperti televisyen, peti sejuk mahu pun alat penghawa dingin mampu memudaratkan kesihatan kerana bahan ini mengandungi toksik dan logam yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik dan penebat api yang boleh mengeluarkan dioksin apabila terbakar.

"Sistem pengurusan pelupusan e-waste ini perlu ditangani dengan undang-undang baharu sebelum ia mendatangkan kemudaratan dan sukar dikawal nanti berikutan tiadanya dasar serta peraturan jelas bagi mengawal selia serta menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Bumi 2017 di Dataran Tangkak dekat sini, hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat.

Berita Harian X