Jumaat, 21 April 2017 | 12:50pm
NAJIB melawat pesakit yang menggunakan kemudahan kolam sebagai terapi pemulihan pada Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO, di Ayer Keroh, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad
NAJIB melawat pesakit yang menggunakan kemudahan kolam sebagai terapi pemulihan pada Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO, di Ayer Keroh, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad

PM rasmi Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak

KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor
KENDERAAN jenis Toyota Unser remuk selepas berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 25.8 Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi. - Foto Ihsan Bomba Johor

AYER KEROH: Datuk Seri Najib Razak merasmikan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Tun Abdul Razak (PRPTAR), di Bandar Hijau, di sini, sebentar tadi.

Perdana Menteri ketika berucap berkata, penukaran nama PRPTAR yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia kerana bersesuaian dengan peranan pusat itu, seterusnya menjadi bukti pencapaian terbaik PERKESO sejak ia ditubuhkan pada 1 Januari 1971.

"Pusat rehabilitasi yang bernilai RM238 juta ini adalah satu-satunya pusat rehabilitasi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang mengintegrasikan rehabilitasi perubatan dan vokasional.

"Pendekatan rehabilitasi seperti ini yang menawarkan perkhidmatan pemulihan pelbagai disiplin dapat mengoptimumkan tahap pemulihan pesakit agar mereka kembali bekerja dengan cepat, menjana pendapatan dan tidak jatuh dalam lembah kemiskinan akibat tiada pekerjaan," katanya.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Najib berkata, beliau berbangga dan kagum dengan penekanan teknologi hijau yang diterapkan di pusat rehabilitasi berkenaan, selain seni bina dan reka bentuk yang mesra alam semula jadi yang menggalakkan penjimatan kos utiliti.

Berita Harian X