Khamis, 20 April 2017 | 2:32pm

Razak 1 jentera canggih projek KVDT

 LIOW Tiong Lai. - Foto Asyraf Hamzah
LIOW Tiong Lai. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Jentera canggih untuk meneruskan pembinaan projek infrastruktur Landasan Kereta api Berkembar Lembah Klang (KVDT), dinamakan Razak 1.

Pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika melawat projek itu di KL Sentral di sini, hari ini.

Dalam ucapannya, Tiong Lai berkata projek menaik taraf landasan kereta api berkembar elektrik itu mula dibangunkan Mei tahun lalu dan dijangka siap akhir tahun 2019.

Katanya, projek itu meliputi kerja membaik pulih landasan sepanjang 42 kilometer antara Rawang ke Salak Selatan dan Sentul ke Simpang Batu, di sini untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kereta api.

Beliau berkata, ia meliputi kereta api Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) bagi kemudahan rakyat negara ini.

"Projek ini sejajar transformasi pengangkutan awam terutama di Lembah Klang, sejajar Transformasi Nasional 2050 (TN50), " katanya.

Projek dalam dua fasa dengan peringkat pertama bernilai RM1.41 bilion.

Projek berkenaan mencakupi kerja menaik taraf 16 stesen sepanjang laluan berkenaan melitupi sistem semboyan dan elektrik yang giat dilaksanakan.

Berita Harian X