Khamis, 20 April 2017 | 12:15pm

Bantu vendor, kontraktor patuhi KKP - Lam Thye

PENGERUSI Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Danial Saad
PENGERUSI Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Danial Saad

KAPIT: Syarikat perlu membantu vendor dan kontraktor mematuhi garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata langkah itu boleh mengurangkan kemalangan industri apabila vendor dan kontraktor terbabit menjadikan amalan KKP sebagai budaya di tempat kerja.

"Kita tidak mahu insiden baru-baru yang membabitkan kematian dua pekerja di dalam saluran pebentungan di Ipoh berulang di masa hadapan.

"Kemalangan seumpama ini sebenarnya boleh dicegah jika semua pihak mematuhi undang-undang dan mengikuti garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa, " katanya selepas menghadiri majlis taklimat keselamatan untuk projek Hidroelektrik Baleh di Dewan Suarah Kapit, hari ini.

Ceramah dan pameran KKP itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak Tan Sri James Jemut Masing.

Berita Harian X