Ahad, 16 April 2017 | 2:43pm
ORANG ramai beratur untuk melakukan pelbagai aktiviti pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1. - Foto Farizul Hafiz Awang
ORANG ramai beratur untuk melakukan pelbagai aktiviti pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1. - Foto Farizul Hafiz Awang
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1. - Foto Farizul Hafiz Awang
SEBAHAGIAN pengunjung yang hadir pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1. - Foto Farizul Hafiz Awang
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1.- Foto Farizul Hafiz Awang
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan pada Milo Breakfast Day di Padang MPK 1.- Foto Farizul Hafiz Awang

Hari Sarapan Terbesar MILO 2017 meriah

KUANTAN: Kira-kira 5,800 warga Kuantan membanjiri padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 sempena Hari Sarapan Terbesar MILO 2017, hari ini.

Kuantan menjadi lokasi kelima program tahunan anjuran Nestle Malaysia itu, selain beberapa bandar utama sebelum lokasi seterusnya di Kota Bharu, Kelantan pada 6 Mei dan penutup di Putrajaya pada 14 Mei ini.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan MILO, Philomena Tan, berkata sambutan memberangsangkan tahun lalu di Taman Gelora, menjadikan Pahang sebagai antara pilihan destinasi program berkenaan.

"Kita tidak sangka penyertaan hari ini mencecah 5,800 peserta, melebihi sasaran asal 5,500 orang.

"Sambutan warga Kuantan membuatkan kami teruja, sekali gus memenuhi usaha kami dalam menekankan kepentingan sarapan.

"Program ini memberi peluang mereka bersama dengan pelbagai aktiviti santai dan berfaedah," katanya ketika ditemui selepas program berkenaan.

Tan berkata, MILO adalah penyokong dan peneraju dalam menggalakkan individu dan keluarga menjalani gaya hidup sihat dan acara tahunan itu adalah sebahagian daripada komitmen Nestle terhadap masyarakat.

Katanya, kempen tahun ini memberi fokus kepada mendidik ibu bapa mengenai keperluan serta kepentingan tenaga harian sebenar diperlukan kanak-kanak.

"Selain sarapan percuma kepada orang ramai, acara larian sejauh tiga kilometer membabitkan 2,800 peserta turut diadakan.

"Kita juga mengadakan senamrobik, demonstrasi penyediaan Bento oleh Chef Selebriti, Brian dan cabutan bertuah serta pencarian harta karun," katanya.

Berita Harian X