Sabtu, 8 April 2017 | 11:18am
WAN Hashim Wan Mahmood (kanan) bersama jurugambar BERNAMA Kelantan, Shahuri Awang memulakan misi kayuhan kembara berbasikal sejauh 3,000 kilometer (km) di Kota Bharu, hari ini. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

Pak Wan mula kayuhan cipta rekod

KOTA BHARU: Warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, memulakan misi kayuhan kembara berbasikal sejauh 3,000 kilometer (km) di sini hari ini, mengeliling Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand selama 43 hari.

Walaupun sudah berusia 72 tahun, Wan Hashim atau lebih dikenali dengan Pak Wan, mencipta nama di Malaysia Book Of Records (MBOR) buat kali ketiga.

Pada misi kali ini, Pak Wan disertai jurugambar sambilan BERNAMA Kelantan, Shahuri Awang, 31, selain mendapat tajaan daripada Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) dan syarikat kosmetik, Sweetiey.

Bapa enam anak dan 18 cucu itu akan memulakan kayuhan itu bermula di Kota Bharu membabitkan laluan Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sebelum kembali semula ke tanah air pada 19 Mei ini.

"Hari ini, kami berdua akan bergerak dari Pengkalan Kubor, Tumpat sebelum menaiki feri ke Takbai Thailand dan seterusnya ke Padang Besar, Perlis untuk memulakan misi mengelilingi Semenanjung Malaysia.

"Pada misi ini, kami singgah di beberapa rumah anak yatim di selatan Thai untuk beri sumbangan selain akan merakamkan gambar sepanjang perjalanan itu untuk dijadikan bahan dalam penerbitan sebuah buku nanti," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran pelepasan Program Kembara 3,000 kilometer (km) Pak Wan dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai turut hadir memberikan sokongan kepada Pak Wan dan Shahuri sebelum memulakan kayuhan ke Pengkalan Kubor, Tumpat jam 9 pagi tadi.

Sebelum ini, kali pertama Pak Wan mencipta nama dalam MBOR selepas menamatkan kayuhan berbasikal secara solo mengelilingi Semenanjung sejauh 2,200km pada 28 Februari 2014.

Namun beliau sekali lagi mencipta nama pada Januari 2015 apabila menamatkan misi kayuhan berbasikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah seluruh negara ini sejauh 5,319km.

Berita Harian X