Sabtu, 8 April 2017 | 10:14am

8,000 sertai Hari Sarapan Terbesar MILO

PASIR GUDANG: Hari Sarapan Terbesar MILO di Padang Perbandaran Pasir Gudang hari ini, berjaya menarik penyertaan lebih 8,000 pengunjung.

Pengurus Pemasaran Pengguna, Unit Perniagaan MILO, April Wong, berkata Johor dipilih sebagai destinasi keempat pada tahun ini bagi mendidik masyarakat khususnya ibu bapa mengenai kepentingan bersarapan dan fungsinya dalam memenuhi kehendak tenaga harian yang diperlukan kanak-kanak.

"Program Hari Sarapan Terbesar MILO yang bermula sejak tahun 2013 lalu antara usaha Nestle dalam meningkatkan kualiti hidup, sekali gus menyumbang masa depan yang lebih sihat kepada seluruh ahli keluarga.

"Inisiatif seumpama ini mendidik keluarga mengenai kepentingan sarapan pagi dan bagaimana MILO membantu untuk melepaskan tenaga daripada sarapan sihat dengan lebih berkesan, " katanya dalam kenyataan selepas siri jelajah program berkenaan di sini, hari ini.

ANTARA peserta yang menyertai aktiviti zumba bersempena program Hari Sarapan Terbesar MILO yang diadakan di Padang Perbandaran Pasir Gudang, Pasir Gudang. - Foto Nurul Amanina Suhaini
ANTARA peserta yang menyertai aktiviti zumba bersempena program Hari Sarapan Terbesar MILO yang diadakan di Padang Perbandaran Pasir Gudang, Pasir Gudang. - Foto Nurul Amanina Suhaini

Beliau berkata, program yang bermula seawal 7 pagi itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya larian sejauh tiga kilometer (km), zumba, treasure hunts dan persembahan Gendang Muhibah.

Katanya, penganjuran program yang bermula di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 19 Mac lalu, akan berterusan sehingga Mei tahun ini dengan tiga lokasi terpilih di seluruh negara bagi memenuhi matlamat pengambilan nutrisi kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata, siri jelajah yang akan diadakan antaranya di Padang MPK1, Kuantan, Pahang pada 16 April depan, Universiti Sains Malaysia di Kota Bahru, Kelantan pada 6 Mei dan Anjung Florida di Putrajaya pada 14 Mei depan.

INFO

- Secawan MILO berikan tenaga berkhasiat diperkaya dengan Activ-Go

- Activ-GO diperbuat dari protomalt campuran mikronutrien yang seimbang membantu memastikan pengedaran tenaga yang optimum, kurangkan keletihan dan menyokong fungsi badan.

- Kajian dalaman menunjukkan seorang kanak-kanak menggunakan 1,500 kcal (kilo kalori) pada hari sekolah biasa

- Penggunaan itu sama banyak dengan tenaga yang diperlukan mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang dan berlari separuh maraton

Berita Harian X