Selasa, 4 April 2017 | 12:25am
MAJLIS Makan Gala anjuran MICEOF di New Delhi diserikan penyanyi latar terkemuka India, Shanker Mahadev dan kumpulannya.
MAJLIS Makan Gala anjuran MICEOF di New Delhi diserikan penyanyi latar terkemuka India, Shanker Mahadev dan kumpulannya.

Guna Malaysia sebagai lokasi perfileman - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Makan Malam Gala anjuran Forum CEO Malaysia-India (MICEOF) .
- Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Makan Malam Gala anjuran Forum CEO Malaysia-India (MICEOF) .
- Foto BERNAMA

NEW DELHI: Pengarah dan pembikin filem India diseru menggunakan Malaysia sebagai lokasi perfileman mereka kerana negara menyediakan pelbagai kemudahan dan kepakaran untuk industri berkenaan.

Seruan itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Makan Malam Gala anjuran Forum CEO Malaysia-India (MICEOF) di sini sebentar tadi.

"Malaysia mempunyai ramai peminat filem India. Malah, pertemuan saya dengan superstar filem Tamil, Rajinikanth di Chennai minggu lalu turut mendapat perhatian peminat di Malaysia," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pengarah dan pelakon India.

Mereka termasuk pengarah filem terkemuka Karan Johar, pelakon dan produser Sharmila Tagore, Nandhita Dass, Sanjay Kapoor, Suhashini Maniratnam dan R Mathavan.

Pada majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut memotong kek sempena ulang tahun ke-8 Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri dan isteri berada di India dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke benua ini.

Najib berkata, dalam pertemuan dengan pelakon dan pengarah, mereka meminta kerajaan memberi lebih insentif untuk mereka membuat penggambaran di Malaysia.

"Kerajaan sedia menawarkan tambahan insentif. Kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa insentif untuk pembangunan kandungan, khususnya industri perfileman dan produksi lain.

"Sebagai contoh kita tawarkan rebat 30 peratus untuk kos produksi, termasuk untuk pembikin filem tempatan dan antarabangsa," katanya.

Berita Harian X