Sabtu, 25 Februari 2017 | 4:02pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan orang ramai setibanya untuk merasmikan Program Negaraku : Komuniti 1 Malaysia di Taman Tasik Abu Bakar. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) bersalaman dengan orang ramai setibanya untuk merasmikan Program Negaraku : Komuniti 1 Malaysia di Taman Tasik Abu Bakar. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Ayer Hitam juara Komuniti 1Malaysia Kebangsaan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan piala dan replika cek kepada Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam, Johor yang dinobatkan pemenang Anugerah Komuniti 1Malaysia Kebangsaan 2016 pada Program Negaraku : Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar hari ini. - Foto BERNAMA

PEKAN: Komuniti 1Malaysia Mukim Ayer Hitam dipilih sebagai Johan Anugerah Komuniti 1Malaysia Kebangsaan 2016.

Kemenangan itu membolehkannya menerima geran RM10,000, sijil dan plak, yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Naib johan bagi kategori itu dimenangi Komuniti 1Malaysia FELDA Keratong 3, Pahang, yang menerima RM7,000.00 dan sijil, manakala tempat ketiga, Komuniti 1Malaysia Projek Perumahan Awam (PPA) Seri Perlis 2, Kuala Lumpur.

Anugerah Khas Juri dimenangi Komuniti 1Malaysia FELDA Sungai Tengi, Selangor dan Komuniti 1Malaysia Kampung Padang Changkat, Perak. Masing-masing-masing membawa balik geran RM3,000 dan sijil.

Anugerah Harapan dengan hadiah geran RM2,500 dan sijil pula dimenangi Komuniti 1Malaysia Kampung Fikri, Terengganu dan Komuniti 1Malaysia Pekan Bintulu, Sarawak.

Berita Harian X