Khamis, 26 Januari 2017 | 11:07pm

UPM, MSU terima Anugerah Universiti Paling Berkeusahawanan

PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Blue Warriors 3-1 menerusi penentuan penalti di Stadium Tun Razak, semalam.
PASUKAN Hoki Wanita Terengganu (TLHT) muncul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan Blue Warriors 3-1 menerusi penentuan penalti di Stadium Tun Razak, semalam.

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) memenangi Anugerah Universiti Awam (UA) Paling Berkeusahawanan sempena Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (MEA) 2016, malam ini.

Anugerah bagi menghargai inisiatif dan usaha Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang cemerlang dalam pendidikan dan pembangunan keusahawanan itu disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Selain UPM, Management and Science University (MSU) juga memenangi Anugerah Universiti Swasta Paling Berkeusahawanan.

Pemenang membawa pulang geran pembangunan keusahawanan bernilai RM200,000, trofi dan plak sijil.

Bagi anugerah sama peringkat kolej komuniti dan politeknik dimenangi Kolej Komuniti Kuala Langat dan Politeknik Kota Bharu, yang membawa pulang geran pembangunan keusahawanan bernilai RM100,000, trofi dan plak sijil.

MEA diadakan susulan daripada pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan Intitusi Pengajian Tinggi (DPKIPT) pada 2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPMPT) 2015-2025 bagi menggalakkan ekosistem yang kondusif dalam IPT melalui program keusahawanan.

Berita Harian X