Selasa, 13 Disember 2016 | 5:58pm

MCPF tingkatkan program bersama Orang Asli

NAIB Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Asyraf Hamzah
NAIB Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. - Foto Asyraf Hamzah

BERA: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan memperbanyakkan program kesedaran jenayah bersama komuniti Orang Asli tahun hadapan.

Naib Pengerusi, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata tumpuan kepada masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada strategi MCPF sendiri untuk membudayakan gaya hidup selamat dalam kalangan penduduk di negara ini.

"Sebelum ini kita ada program bersama Orang Asli, namun belum mencukupi dan MCPF melihat keperluan untuk mendekati masyarakat Orang Asli dalam mendedahkan mereka terhadap jenayah yang berlaku di sekeliling mereka.

"Kita tingkatkan kesedaran mereka dan berikan peluang kepada masyarakat Orang Asli memahami cara mengelak daripada jenayah berlaku serta membuat laporan segera kepada pihak berkuasa jika terdapat kejadian jenayah di kawasan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah anjuran MCPF di Sekolah Kebangsaan Iskandar, dekat sini, hari ini.

Berita Harian X